Add to My Yahoo!Add to Technorati Favorites Add to Google Reader or Homepage Subscribe in Bloglines AddThis Feed Button My Zimbio

Sripengantin.Trial Forums| | Bagi tau kawan: sripengantin.com


Kemudahan pembayaran melalui
ATM KAD / kredit kad atau wang tunai!
Tel: 012-210 0789
03-9171 6789
03-5637 1880

Peta lokasi

Peraturan kuliah

Borang Daftar jenis Adobe (PDF) JPeg atau Microsoft WORD

GALERI ARTIS

FORUMS

Lambaian Kaabah
Berita  
   

Perhatian: Azam akan bercuti dari 17 haribulan Nov 2008 sehingga 21 hb Nov 2008. Oleh itu peserta-peserta di minta menghubungi URUSETIA di no 03-9171 6789 dari hari Selasa hingga Jumaat dari JAM 11- 5 PTG sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran kursus kahwin, sijil dan sebagainya. No tel azam seperti 03-5637 1880 dan 012 2100789 akan di sekat sehingga hari Sabtu 22 hb Nov 2008. Walaubagaimanapun anda masih boleh menghubungi Azam dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dari 17hb - 21 NOV 2008. Mohon maaf in advance sekiranya saya gagal menjawab sms anda dari tarikh 17 - 21 nov 08. Harap maklum.

Selamat datang ke laman web Pusat Bimbingan Sri Permaisuri & Pusat Bimbingan An Nisaa. Pusat Bimbingan Sri Permaisuri & An Nisaa merupakan satu institusi yang di beri tanggungjawab untuk menjalankan dan menyampaikan ILMU berdasarkan Modul Kursus Pra-PerKahwinan MBKPI kepada semua bakal-bakal pengantin yang datang dari seluruh Malaysia atau dari negara-negara serantau  yang bercadang untuk memohon perkahwinan dan berurusan  di Jabatan Agama Islam di Malaysia.Sripengantin.com merupakan laman web rasmi Pusat Bimbingan Sri Permaisuri dan Pusat Bimbingan An Nisaa*. Di dalam laman web ini terdapat link ke;

  1. Peta Lokasi ke Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / An Nisaa (Plaza Dwitasik)
  2. Jadual kursus, Nama2 fasilitator dan PHOTO Facilitators yang bertugas.
  3. Borang pendaftaran dalam format jpeg  
  4. Borang pendaftaran dalam format PDF dan E-MAIL (SOFTCOPY).
  5. Borang pendaftaran dalam format Microsoft Word (SOFTCOPY)
  6. Laman web percuma untuk vendor/pembekal, agen, perkhidmatan
  7. Forum / Iklankan perniagaan atau perkhidmatan berkaitan perkahwinan di forum sripengantin.com PERCUMA.
  8. Soal Jawab Islam, Minda Dr Asri, Islam in English.
  9. Blogs
  10. FORMAT SURAT AKUAN BUJANG (Akuan Single) Bagi permohonan di Jab Agama tertentu sahaja (negeri tertentu sahaja)
  11. Tarikh Kursus kahwin... Bila agaknya? Klik untuk tarikh
  12. Kursus Kahwin di Plaza Dwitasik. Klik untuk Alamat Penuh kami.
  13. Download doa dsbnya secara percuma. Tidak perlu beli kaset lagi!!

Yuran dan kemudahan yang di sediakan.

Yuran Kursus Kahwin bagi setiap peserta ialah sebanyak RM80 tunai atau
RM81 (KREDIT KAD / ATM KAD)
. Bayaran mestilah di buat di kaunter pendaftaran Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / An Nisaa dan mesti di jelaskan pada Hari Sabtu (semasa lapor diri), sebelum mengikuti program ini (kursus kahwin).  Setiap bayaran melayakkan anda menikmati dan mendapat;

  1. Buku JAKIM 'Memasuki gerbang perkahwinan' PERCUMA (tertakluk kepada stok),
  2. Makan sampai kenyang (sepanjang kursus) dan makan lagi pada jam 11:00 pagi dan 1:30 tengahari (Selera Nasi Padang).
  3. File dan bahan rujukan percuma.
  4. Consultation percuma.
  5. Satu Sijil JAWI (PERCUMA),
  6. SURAU DAN bilik kuliah berhawa dingin.
  7. Bilik kuliah di lengkapi LCD PROJEKTOR (Multimedia Presentation) (berteknologi)
  8. Fasilitator yang muda, pakar dalam kebahagiaan rumahtangga, handsome & bijaksana.
  9. Pusat Kursus Kahwin yang terletak berhadapan tasik (LAKE VIEW).
  10. Security 24 jam.
  11. Pusat Kursus Kahwin yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
  12. Salah satu Pusat Kursus yang di miliki sepenuhnya oleh pemuda seperti anda semua.
  13. Sebuah INSTITUSI yang menjadi pilihan VIP/artis/selebrity tanahair dan di kenali hingga ke negara-negara serumpun.. (south east asia)
  14. Daftar sekarang dan nikmati keunikan dan kemudahan yang di sediakan.

7 langkah BIJAK untuk mendaftar Kursus Kahwin. Pilih yang mana satu anda suka.

Jangan buang masa lagi! Ayuh bangun! Bertindak sekarang dan hubungi kami di nombor telefon 012 210 0789 (Azam) atau 03-9171 6789 untuk pendaftaran Kursus Kahwin. Hubungi kami dari telefon bimbit anda, hubungi kami atau YM kami dari pejabat anda, hubungi kami dari telefon awam atau dari telefon di rumah, secepat mungkin dan terus mendaftar dengan kami. KAMI merupakan Satu-Satunya Pusat Kursus kahwin yang di miliki dan di terajui sepenuhnya oleh orang muda / pemuda seperti kamu semua. Sekiranya ramai anak-anak muda, lelaki dan perempuan yang terkenal dalam bidang masing-masing, berpengaruh, berpendidikan, hebat dan bijaksana boleh memilih kami serta menyokong Institusi kami, bagaimanapula dengan anda? Kami berbangga melihat anak-anak muda kini sudah bijak untuk membuat penilaian sendiri dan mereka semua membuat pilihan yang bijak dan tepat kerana memilih kami sebagai destinasi kursus kahwin. Oleh itu kami menyeru kepada semua generasi muda, untuk datang beramai-ramai dan berkursus di sini. Kami sayang dan perihatin dengan anda semua dan kami selaku pemuda lebih mengenali perasaan orang muda seperti anda, citarasa dan lebih memahami diri anda....  Daftar  di institusi kami.  Pilihlah di antara 7 cara untuk mendaftar di institusi kami dan daftar segera di Pusat Bimbingan Sri permaisuri / An Nisaa. (Sila lihat cara-caranya untuk mendaftar di bawah):-


Langkah pertama: Muat Turun borang (softcopy) pendaftaran

  • Muat turun Borang pendaftaran (softcopY) dalam format MICROSOFT WORD
  • Anda kemudian perlu Save borang (softcopy) ke folder komputer anda.
  • Selesai muat turun. Klik untuk buka file borang kursus yang baru di muat turun.
  • Anda boleh memilih jenis font yang anda suka dan isikan butir-butir yang di perlukan.
  • Akhir sekali di ruangan tandatangan, sila tulis nama penuh anda sebagai ganti  tandatangan.
  • Semak Borang daftar sekali lagi. Setelah berpuas-hati, tekan SAVE.
E-MAIL
  • Buka aplikasi email. Klik new dan pilih compose, taipkan dalam ruangan kosong e-mail kami iaitu daftar@sripengantin.com. Add file, cari file borang daftar yang telah anda save, attached kan bersama e-mail anda, tekan butang send dan selesai.
  • Setibanya hari Sabtu (hari pendaftaran Kursus Kahwin), anda di kehendaki hadir untuk lapor diri sebelum jam 2 petang. Sampai di Blok A, terus ke kaunter pendaftaran, untuk membuat pembayaran secara tunai atau ATM / kredit kad.
  • Kemudian ambil fail, masuk ke dalam bilik kuliah dan duduk di tempat yang di sediakan. Tunggu di dalam bilik kuliah dan ikuti sesi yang pertama dengan bangganya.
     

SMS

SMS: Anda juga boleh smskan Nama-nama yang akan hadir dan sms kan juga tarikh kursus kahwin yang anda pilih, ke nombor Azam 012 2100789 dan tunggu reply dari Azam. Biasanya Azam hanya akan menjawab sms dengan ayat / perkataan ringkas seperti berikut... Ok di rekodkan. Apabila anda sudah menerima jawapan balas sms  Ok di rekodkan dari Azam, bermakna, pendaftaran anda melalui sms sudah di terima dan nama anda sudah pun di masukkan di dalam senarai nama peserta kursus pada tarikh yang anda pohon dan ia juga menandakan bahawa nama-nama yang di hantar melalui sms sudah pun di rekodkan di dalam buku daftar beliau. (log book pendaftaran).

Jangan lupa untuk membawa borang yang telah di print, edit, lengkapkan borang  di muat turun dan bawa pada hari sabtu nanti. Serahkan borang yang telah di isi pada urusetia, dan terus buat pembayaran yuran kursus kahwin. Anda di beri pilihan untuk membayar yuran dengan tunai (cash) atau kad (card credit / ATM Card / Bank Card). Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan di berikan fail dan anda di kehendaki masuk ke bilik kuliah dan duduk di tempat yang di sediakan dan tunggu fasilitator sehinggalah fasilitator datang untuk memulakan sesinya yang pertama.

FAX

Anda juga boleh faxkan borang tersebut. Hubungi kami untuk,dapatkan nombor fax.

HANTAR BORANG DGN YM:

Dan cara yang terbaru sekali untuk mendaftar ialah dengan menggunakan perkhidmatan PINGBOX YM. Anda boleh menghantar borang pendaftaran yang lengkap secara on-line dengan menghantarkan borang pendaftaran dalam bentuk file Microsoft WORD Doc (SEND FILE)  dan hantarkan KE URUSETIA atau Azam dengan menggunakan aplikasi YM. Dengan syarat salah seorang daripada mereka iaitu URUSETIA dan Azam tidak sebuk (busy) dan salah seorang daripada mereka mestilah On-Line. Anda mestilah mempunyai program Yahoo Messenger di dalam komputer anda untuk mendaftar dengan cara PINGBOX YM!. Klik Untuk download Yahoo Messenger.

DAFTAR DI PUSAT KURSUS:

Bakal-bakal pengantin juga boleh datang ke Pusat Kursus dan menDaftar di Pusat Kursus  pada hari Selasa hingga ke hari Jumaat,(sebelum hari kursus) atau selewat-lewatnya pada hari Sabtu (sebelum jam 2 petang) dan terus berkursus pada hari yang sama. Pusat Kursus kami di buka dari jam 11:00 pagi hingga 5 petang dari hari SELASA hingga hari JUMAAT. Dan waktu kami mula buka kaunter pendaftaran kursus kahwin pada hari sabtu setiap minggu ialah pada jam 11:30 pagi. Pada hari Ahad kami beroperasi dari jam 8 pagi sehinggalah Ustaz Suhaimi (tajuk konflik dan pengurusan stress) menutup tirai kursus kahwin dengan bacaan doa pada sebelah petang ahad setiap minggu.(sesi terakhir)

Soalan lazim: Saya dah hantar borang tapi Azam tak respond? Apa status permohonan saya?.

Setiap permohonan yang kami terima samaada melalui internet, sms, fax dan apa jua bentuk medium pendaftaran yang ada di terima tanpa syarat. Kami menerima 'niat' anda untuk berkursus kahwin pada tarikh yang di minta. Paling penting sekali ialah anda tunaikan 'niat' anda dan berkursus kahwin dengan jayanya. Jangan risau, sekiranya e-mail anda kami tidak terima, anda masih boleh datang pada hari Sabtu dan berkursus pada hari yang sama. Jangan bimbang, hantarkan permohonan anda tanpa was-was. Semua di terima masuk tanpa syarat. Tag LINE KAMI ialah : Jom KURSUS KAHWIN beramai-ramai di Sri Permaisuri / An Nisaa.

Pilihan pendaftaran yang dinyatakan di atas, bertujuan untuk melicinkan dan mempercepatkan proses pendaftaran (registration). Ia juga bertujuan untuk memperbaiki sistem booking dan sebagainya. Kebiasaannya, peserta-peserta kursus kahwin, mengambil masa di antara 10 hingga ke 20 minit bagi melengkapkan borang daftar kursus kahwin.
Ia juga mampu mengelakkan beberapa perkara atau insiden yang tidak berapa di senangi seperti: beratur panjang ketika mendaftar dan perkara begini secara tidak langsung akan melambatkan proses pendaftaran pada hari Sabtu nanti.  

 
 
 
TENTATIF PROGRAM KURSUS KAHWIN. HARI SABTU
HARI SABTU 6 pagi - 10:45 pagi.

zzz-xxxx

 

HARI SABTU

10.45 - 11:00 pagi

 URUSETIA baru tiba untuk Buka Pusat Kursus @ pejabat
Shima dan sue datang dengan membawa peralatan dan memulakan tugas mereka. (Bilik kuliah ini di jaga dengan baik oleh Shima dan Su)

  11.40 pagi

Kaunter pendaftaran baru sahaja di Buka. Kami sedang menunggu Sahabat-sahabat iaitu (peserta-peserta kursus yang kami hormati) untuk mendaftar. Mesti seronok melihat gelagat sahabat-sahabat semua.

  12.00 tghari  
  1 tghari Peserta-pesrta sudah mula tiba untuk lapor diri. Proses pendaftaran hanya mengambil masa 0.30 saat -2 minit sahaja bagi setiap pasangan, kerana mereka telah menghantar borang terlebih dahulu. Terdapat juga beberapa peserta yang membawa borang yang sudah lengkap di isi bersama mereka. Mereka sudah mengisi butir-butir yang di perlukan di rumah atau di pejabat. Mereka dtg utk jelaskan pembayaran dan lapor diri.
  2.30 ptg (14:30 hrs) Slot pertama bermula (Dr Sirajuddin) Tajuk: Pengurusan Kesihatan.
  3.15 ptg (15:15 hrs)

Kemaskini kaunter pendaftaran. Semakan borang pendaftaran. Menyediakan borang log kedatangan. Tel: 03-9171 6789

  4:00 ptg - 6 ptg
 (16:00 hrs)-(18:00 hrs)
Slot ke dua: (Ustaz Zawawi - Uitm)
  6 ptg (18:00 hrs) Bacaan Doa / Tamat /Solat Asar
BERSURAI BERSAMBUNG PADA HARI AHAD
 
TENTATIF PROGRAM KURSUS KAHWIN. HARI AHAD
HARI AHAD 6 - 7:50 pagi zzz
HARI AHAD 8:00: pagi
Urusetia-urusetia menyiapkan sarapan pagi untuk pelajar-pelajar:
 
  8:30 pagi Slot ketiga bermula. (Ustaz Kamaldin dari JAIM)
 
  11:00 pagi Makan.
 
  11:30 pagi  Slot ke 4 (Ustaz Ajib - JAKIM)
 Kami semua tengah buzy menyiapkan jamuan tengahari.
  1.30 TENGAHARI LUNCH BREAK / Solat
 
  2:15 ptg - 4:15 ptg  Slot ke lima (Ustaz Mohd Nor - Uitm)
URUSETIA lunch jap kemudian Kami  bersihkan dan kemas kawasan lunch. Solat dan internet.
  4:15 ptg - 6:15 ptg  Slot ke enam (Ustaz Suhaimi - JAIS)
 
  6:15: petang  Bacaan Doa / BERSURAI / Solat Asar
BERSURAI

Maklumat lain: Seperti Cuti dan Kursus di Bulan Ramadhan

 Untuk makluman bakal-bakal pengantin semua.
Pusat Bimbingan Sri Permaisuri & An Nisaa, beroperasi dan  menjalankan kursus kahwin seperti biasa pada hari SABTU dan AHAD, walaupun cuti umum jatuh pada hari kursus kahwin.  Untuk maklumat bakal-bakal pengantin, kami hanya berehat (bercuti) pada hari raya eidulfitri iaitu pada 1 - 5 syawal setiap tahun.

Bagi cuti Hari Raya Adiladha (Raya Haji), sekiranya hari raya haji jatuh pada hari kursus Sabtu atau Ahad, maka kami akan berbincang dengan fasilitator dan menimbangkan samaada untuk beroperasi seperti biasa pada hari raya haji ataupun bercuti. Walaubagaimanapun kami ingin mencadangkan agar bakal-bakal pengantin sentiasa mengemas kini tarikh dan hari kursus kahwin sekiranya hari kursus kahwin jatuh pada HARI RAYA HAJI. Ini kerana kebiasaannya Cuti Hari Raya Haji hanya mengambil masa 1 hari sahaja..


 Walaubagaimanpun sekiranya cuti umun seperti Hari Wilayah, Merdeka, nuzul quran, atau apa jua cuti yang telah di putuskan oleh kerajaan jatuh di antara hari Selasa ke hari Jumaat, (weekdays) Maka kami akan bercuti pada hari tersebut kerana cuti tersebut jatuh pada hari biasa (weekdays) dan menyambung semula tugas kami ke esokan harinya.

 Setiap tahun di bulan Ramadhan kami menganjurkan kursus kahwin , pada minggu pertama bulan puasa, minggu kedua hingga MINGGU yang ketiga. Dalam tempoh 7 - 10 hari sebelum hari raya eidulfitri (1 syawal) kebiasaanya kami sudah pun bercuti. Kami mencadangkan agar anda sentiasa kemaskini tarikh dengan kami terutama dalam bulan ramadhan.

 Kami juga ingin mengingatkan kepada bakal-bakal pengantin semua, bahawa kami cuti wajib pada Hari Isnin setiap minggu. Ini bagi membolehkan urusetia dan kakitangan kami berehat bersama keluarga masing-masing atau bersama sahabat-handai. Kebiasaanya pada Hari Isnin juga kami (Azam) akan ke JABATAN AGAMA ISLAM untuk menghabiskan tugas seperti menghantar laporan kursus kahwin bagi proses pengeluaran sijil kursus kahwin kelak.

Selain itu kami juga ada menganjurkan Kursus Kahwin EKSKLUSIF (VVIP) bagi jumlah peserta dari 2 hingga 12 orang sahaja. Kursus kahwin EKSKLUSIF ini di jalankan di PREMISES KAMI.

Selain menganjurkan Kursus Kahwin, kami ada menyediakan dan membantu mana-mana individu yang ingin mendaftar / Syahadah SAUDARA BARU (Dengan KERJASAMA PERKIM). Dokumen yang di perlukan untuk saudara baru ialah SALINAN KAD PENGENALAN 2 Keping dan gambar berukuran saiz KAD PENGENALAN 3 Keping.


Pelajar-pelajar kami.

PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI / PUSAT BIMBINGAN AN NISAA DI ASASKAN PADA TAHUN 2000 DAN TELAH MENJADI PILIHAN PENGANTIN-PENGANTIN DARI PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT SEPERTI ARTIS, AHLI SUKAN, Putra - Putri VVIP, Kerabat DiRaja, EKSEKUTIF MUDA, golongan bijak pandai (PhD, M.A, M.D), DOKTOR, MEDIA, KREW, AHLI AKADEMIK, Usahawan muda DAN LAIN-LAIN. "Kenapa RAMAI ARTIS yang Terkenal dan Top, DJ, Ahli Sukan, Selebriti, Model, Penyanyi, Putra-Putri VVIP berkursus di PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI / PUSAT BIMBINGAN AN NISAA? Tentu ada sebabnya. Nak tau kenapa? Jom berkursus di PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI / PUSAT BIMBINGAN AN NISAA."


Bandar Sri Permaisuri

Barangkali anda masih lagi tertanya-tanya di manakah Bandar Sri Permaisuri? Sebenarnya Bdr Sri Permaisuri terletak di dalam kawasan Bandar Tun Razak. Ia terletak berdekatan Taman Tasik Permaisuri,  dan 1 km dari HOSPITAL HUKM dan 500 meter dari TOL 0.50 SEN (Tol selepas Tmn Desa). Dan RAMAI yang KELIRU dengan nama BANDAR SRI PERMAISURI. Ini kerana Bandar Sri Permaisuri mempunyai 4 NAMA iaitu;

  1. TASIK BANDAR SRI PERMAISURI

  2. TAMAN TASIK BANDAR PERMAISURI

  3. BANDAR SRI PERMAISURI

  4. BANDAR SERI PERMAISURI

Oleh itu kami sedia membantu anda dengan memberi GAMBARAN JELAS mengenai kedudukan Bandar Sri Permaisuri. Jangan Bimbang dengan 4 nama tersebut, kerana ia adalah BANDAR SRI PERMAISURI. Yang Penting sekali anda sampai ke PLAZA DWITASIK dan Berkursus KAHWIN dengan JAYANYA.


Sekiranya datang dari Federal Highway


Sekiranya datang melalui Jln Tun Razak / Jln Sg Besi @ KLCC
Bagi pelajar yang datang melalui JALAN TUN RAZAK @ Jln Sg Besi (Smart Tunnel) (melalui sebelah lapangan terbang sungai besi) himpit ke kiri untuk ke Cheras dan 
melalui tol 0.50 sen.

 

 


Sekiranya datang dari KESAS Highway / Serdang (UPM) / Sri Kembangan / Bangi

Sekiranya datang dari ASTRO, Sri kembangan. Serdang, Bangi PUCHONG atau dari KESAS HIGHWAY Lalu Bukit Jalil dan himpit kiri (exit 516) dan melalui DESA PETALING (desa petaling 1) dan himpit ke KIRI untuk ke CHERAS, CHERAS, KIRI, dan melalui TOL 0.50 (LEBUHRAYA TIMUR BARAT)

 


Sekiranya datang dari KAJANG / SAUJANA IMPIAN / Cheras (Plaza Pheonix)
Bagi yang datang dari arah cheras atau SAUJANA IMPIAN, sila menghala ke PLAZA PHEONIX, himpit kiri, untuk Ke Bandar Tun Razak, Lalu sebelah GIANT Tmn Connaught, himpit ke KIRI untuk Ke Bandar Tun Razak, lalu Traffic light untuk ke kanan, kemudian terus lagi dan jumpa traffic light ke dua. Himpit kiri, dan menghala ke Tmn Tasik Permaisuri. Sampai di Tmn Tasik belok ke KIRI.Dan anda akan nampak BANGUNAN BERWARNA COKLAT iaitu PLAZA DWITASIK @ WISMA HSS INTEGRATED


Sekiranya datang dari Ampang / Pandan / Tesco (dulu Makro)

Bagi yang datang dari arah Pandan INDAH / Pandan PERDANA / CHERAS LEISURE MALL / AMPANG / SETIAWANGSA. Anda pergi ke arah Tmn Midah melalui Tesco (dahulu di kenali sebagai MAKRO CHERAS (JLN LOKE YEW), kemudian anda akan nampak BP, himpit ke kiri melalui jln Yacob Latiff, melintasi Institut Perguruan Teknik dari Inst Perguruan Teknik, himpit kanan di traffic light sebelum sampai HUKMJln terus dan anda akan nampak dari jauh PLAZA DWITASIK. Kemudian cari BLOK A.


 


Sekiranya datang dari Bdr Tun Razak / Desa Tun Razak / Bandar Tasik Selatan / Sg Besi

Sekiranya datang dari MASJID SAIDINA OTHMAN (BDR TUN RAZAK) anda mesti pergi ke arah Tmn Tasik Permaisuri melalui WISMA ZELAN KEMUDIAN belok KIRI dan anda akan nampak BANGUNAN BERWARNA COKLAT iaitu PLAZA DWITASIK @ WISMA HSS INTEGRATED
 


Sekiranya datang dari HUKM / Tmn Jaya / Tmn Midah

Sekiranya datang dari HUKM, pergi ke arah Tmn Tasik dan melalui STADIUM BOLA  KL CHERAS DAN SEK MEN SAINS SELANGOR dan anda akan melalui jln traffic light  dan terus ke depan ke arah BANGUNAN BERWARNA COKLAT


 


Dari Flat Sri Johor, Sri Sabah, Tmn Tenaga

Dari sri Johor, tmn tenaga anda akan melalui sekolah sri permaisuri (belakang masjid az zubair) dan dari jauh anda boleh nampak  PLAZA DWITASIK

 

 

 

 


Tarikh kursus kahwin.


Partners Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / An Nisaa



 


 

Perpustakaan Sripengantin.


URUSETIA ONLINE
Daftar Kursus Kahwin atau berhubung (chatting) terus dengan URUSETIA dan AZAM secara ONLINE

Dapatkan pandangan / idea, secara Online. Ustaz Mohd Noor (Pensyarah kanan UiTM) - ONline


Bro Azam (Bercuti dari 17hb NOV - 21 hb NOV 2008)


Donations/Sumbangan Ikhlas.

We need to upgrade to serve you BETTER and upgrading needs money. Any amount of  donation are greatly appreciated.  Thank you for your donations. Donation can be made thru Maybank2U or Maybank.  The Account number is 562366108446 Or donations can be made thru PAYPAL



Berita Terkini

Maklumat-maklumat lain.

Photo Pengantin Peserta Pusat Bimbingan Sri Permaisuri & Pusat Bimbingan An Nisaa

Photo Fasilitator Pusat Bimbingan Sri Permaisuri & Pusat Bimbingan An Nisaa


Link lain
Taraweeh Prayers from Makkah

(Wajib Klik)
Dr. Maza
(Wajib Klik)
Menimba ILMU di Institut Al Qayyim
(Wajib Klik)
VIDEO CERAMAH DR MAZA (Ulamak)
(Wajib Klik)


The Kad Kahwin
Tempahan Kad Kahwin - Online


Darussyifa'
Halal JAKIM
ZAKAT WILAYAH
ZAKAT SELANGOR
Zakat Chicago
CATERING / KANOPY PERKAHWINAN
 


Pena Dr Maza

  1. ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI

  2. BANYAK CERAMAH AGAMA BELUM CAPAI PIAWAIAN ILMU

  3. HUKUMLAH DENGAN KELUASAN ISLAM BUKAN SENTIMEN

  4. BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM

  5. FAHAMAN ISLAM KITA SEMPIT, ALAM TERCEMAR

  6. Israiliyyat: Penceramah mencemarkan Al-Quran

  7. MASJID KITA KAKU:TIDAK MESRA PELANGGAN

  8. KENAPA KITA GAGAL MEMBINA SEMULA TAMADUN

  9. ISLAM ANTARA CERITA DAN KENYATAAN

  10. ANTARA PENGAMPU DAN PENCERCA

  11. MURTAD:ANTARA EMOSI DAN REALITI

  12. PEJUANG PERUBAHAN AKAN DI KENANG

  13. Kenapa Kepimpinan AGAMA kurang berjaya.

  14. Apabila dunia hiburan kita terbabas.

  15. IKUT DALIL DAN FAKTA, BUANG TAKLID BUTA

  16. Boleh berpolitik, tapi jangan gila politik

  17. Hak wanita: antara hukum Tuhan dan pelaksanaan insan

  18. Keperluan fikah interaksi dengan bukan Muslim

  19. Keluasan menerima pendapat, keperluan Muslim moden

  20. Mudahkan pendekatan Islam, JANGAN EKSKLUSIFKANNYA.

  21. Wahai dunia! Islam bukan Pengganas

  22. Islam dan kebebasan budaya serta fesyen




WAKTU SOLAT BAGI KL DAN SELANGOR.
 


Bacaan Al-Quran


 

Bacaan Du'a

 

Jom Solat di  Makkah (Imam Mekah yang mampu menyentuh jiwa orang yang mendengarnya)


Belajar dengan Dr Maza

  1. Ibadah1
  2. Ibadah2
  3. Ibadah3
  4. Ibadah4
  5. Ibadah5
  6. Ibadah6
  7. Ibadah7
  8. Ibadah8
  9. Ibadah9


Beli Al-Quran


Selain kursus kahwin, kami juga ada menjual AL-QURAN beserta dengan TAJWID (dalam TERJEMAHAN BAHASA MALAYSIA) dengan harga yang berpatutan. Kami boleh menghantar Al Quran yang anda pesan dengan perkhidmatan PENGHANTARAN (Courier) di dalam negara (Malaysia) dan LUAR NEGARA..

Selain Al-quran kami ada menjual PELBAGAI JENIS KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN yang terkini dan cantik dengan harga yang berpatutan untuk peserta-peserta kami.


 

Bantuan kewangan

Pada bulan November 2007 mana-mana Pelajar yang berkursus di Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / PUSAT BIMBINGAN AN NISAA yang memerlukan bantuan kewangan, silalah terus  menghubungi Baitulmal di no tel: 03-26175222 (Tertakluk kepada terma dan syarat), bagi mana-mana bakal pengantin yang layak. Pastikan ada faham terma dan syarat Baitulmal.

 

 

 


 

 
 

 

 

Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / Pusat Bimbingan An Nisaa. (2008 - 2020)